Jumaat, 4 Ogos 2017

TENTANG SEGEDUNG KARYA
Bermulanya sebuah impian

Segedung Karya (002523323-M) merupakan satu nama yang muncul untuk merumahkan aktiviti penulisan dan penerbitan buku tanah air. Ianya  sebuah syarikat yang begitu kecil tetapi dipenuhi dengan cita-cita yang besar. Segedung Karya tidak berhasrat untuk bersaing dengan sesiapa tetapi ianya akan membentuk jalinan yang baik dengan sesiapa sahaja demi perkembangan industri penerbitan ini.

Bermula dengan siri pengembaraan Patriot Panglima  yang berjumlah 18 buah kesemuanya akan menyusul pula buku-buku yang lain hasil cetusan pemikiran orang muda. Kami mahu membina industri ini bersama orang muda  yang sedang mencari arah untuk menterjemahkan pemikiran mereka dalam bentuk buku. Kami menghargai pemikiran mereka ini dan kami akan membawa mereka bersama-sama mendayung arus dan mencipta pelapis yang akan bergelar penulis suatu masa nanti.  Di sinilah bermulanya sebuah impian bagi orang muda untuk menterjemahkan hasil nukilan mereka bagi tatapan dunia. Jangan biarkan impian itu terkubur begitu sahaja.

Sudah tentulah Segedung Karya ini akan melangkah dengan lebih bergaya  jika adanya sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Sumbangan yang kecil mungkin akan memberikan kesan yang besar kepada pembangunan syaikat ini pada masa hadapan.

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami juga berharap usaha ini dapat membantu untuk memperkasakan lagi  industri penerbitan buku negara.



SEGEDUNG KARYA
 MEMPELAWA ORANG RAMAI
UNTUK MENJADI DROPSHIP DAN EJEN PEMASARAN
SILA WHATSAPP 013 6248471 dan 0133416783
 atau

Dapatkan maklumat di patriotpanglima.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan