Khamis, 14 September 2017

SIAPAKAH PUTERI RATNI GEMALASARI?



Ratni Gemalasari bukan sembarangan puteri raja.
“ Kadang kala kita perlu membuat satu keputusan yang sukar dimengertikan. Beta dibesarkan di istana tetapi bila negara Gemamalada di takluk oleh musuh, beta menjadi tawanan mereka. Beta diperlakukan seperti binatang. Perkara itu sudah lama berlalu tetapi peristiwa yang menimpa beta dan keluarga beta tidak akan di lupai begitu sahaja.
Sekarang beta sudah cukup dewasa. Dalam usia yang sudah cukup matang, beta telah bertemu orang yang menaluki negara beta. Kali ini beta sudah bersedia untuk melunaskan hutang yang tersemat begitu lama. Hutang perlu dibayar kerana dendam tidak mudah terpadam begitu sahaja
.
Namun sebagai manusia, beta tidak dapat menyembunyikan perasaan cinta yang mula tersemat di dalam hati.Cinta itu semakin sehari semakin mekar. Sebagaimana biasa, bila cinta itu di kejar, ia akan lari jauh. Bila kita tidak mengejarnnya ia akan datang dekat dengan kita. Ah! anih sekali tetapi antara dendam dan cinta, ianya harus melalui saluran yang berbeza
.

Banyak yang boleh kita perkatakan tentang perhitungan hidup mati beta yang akan dihuraikan dengan lebih mendalam dalam siri-siri buku Patriot Panglima nanti. Bertemu anda nanti…”

Selasa, 15 Ogos 2017


SEGEDUNG KARYA
 MEMPELAWA ORANG RAMAI
UNTUK MENJADI DROPSHIP DAN EJEN PEMASARAN
WHATSAPP 0136248471 dan 0133416783
 atau
Dapatkan maklumat di patriotpanglima.blogspot.com



JAUH BERJALAN BANYAK PENGALAMAN - Patriot Panglima
”Setiap pengembaraan itu tentulah mempunyai tujuan tertentu. Hamba bersama Sang Kancil Putih telah diarahkan untuk mencari sesuatu yang hamba sendiri tidak pernah melihatnya. Hamba tidak ada panduan, tidak ada arah cuma yang ada hanya keazaman untuk melaksanakan perintah guru hamba ia itu Rapuh Inderagara.

Berbekalkan Keris Sari Wira Lekuk Sembilan, Seruling Bambu Hitam  Tanjak Tuju Angin dan Bengkong Delima Sakti, hamba bergerak daripada Gua Merapuh dengan penuh harapan untuk bertemu dan mendapatkan apa yang dihajati oleh guru hamba Rapuh Inderagara.

Memangnya halangan begitu banyak sekali. Ada yang menyukai hamba dan tidak kurang juga yang membenci hamba dan rakan hamba Sang Kancil Putih. Rakan hamba ini adalah binatang yang turut dibekalkan dengan  Azimat Tujuh Lapisan Bumi oleh guru hamba.
Setiap halangan dan dugaan itu akan menjadikan ilmu dan kepandaian itu semakin mantap. Sebesar mana sekalipun dugaan, hamba tetap tabah dengan berpegang kepada falsafah mengikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Pesanan hamba, jangan mendongak langit bila ada ilmu yang sedikit kerana kemungkinan orang lain mempunyai ilmu yang lebih hebat daripada kita.


Banyak dugaan yang hamba tempuhi yang tidak dapat diceritakan sekarang. Sertailah hamba mengembara dalam siri pengembaraan melalui Buku Patriot Panglima. Mungkin tidak ramai yang menempuh dugaan yang hebat seperti hamba lalui tetapi yang pastinya kita akan merasai kepusan bila dapat melepasinya sesuatu dugaan dengan kejayaan.”

Isnin, 14 Ogos 2017


Patriot Panglima Penyelamat Alam

Ini adalah buku pertama dalam siri Patriot Panglima. Buku pertama  ini mengisahkan Patriot Panglima dan Sang Kancil Putih terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai dugaan semasa dalam perjalanan ke Negara Buana Hijau. Banyak persoalan yang tidak  dapat di perjelaskan seperti bagaimana sungai yang hendak di seberangi oleh Patriot Panglima tiba-tiba menjadi lebih luas dan airnya semakin laju dengan ribut taufan berlaku di dalamnya. 

Patriot Panglima juga turut terhibur kerana dapat menyaksikan seorang puteri bersama dayang-dayang bersiram dari atas bahtera. Beberapa orang dayang menyiram  air dari tempayan yang berisi bunga-bungaan yang beraneka warna.  Semua mereka bernyanyi dan bergembira. Suasana di sungai itu sungguh indah. Burung-burung  juga berterbangan berdekatan dengan bahtera itu dengan bunyian yang mengiringi lagu nyanyian puteri berkenaan.

Namun ketenangan Patriot Panglima turut terganggu kerana bertemu dengan angkatan Tentera Burung yang keluar untuk berperang. Lebih teruja lagi bila Patriot Panglima dan sahabatnya  itu  menyaksi pasukan Tentera Mutera yang bergerak tanpa kepala. Itu suatu keanihan yang tiada siapa  dapat memberikan jawapan kepada persoalan itu.
Biarpun begitu Patriot Panglima dan Sang Kancil Putih masih bernasib baik kerana dapat bertemu dengan dengan Ular Sawa Nadiri yang merupakan ular yang paling besar di atas muka bumi ini. Apakah ular ini benar-benar berniat baik untuk meenolong mereka ke Buana Hijau?
Banyak lagi kejadian anih yang akan di hidangkan kepada pembaca dalam siri-siri berikutnya. Selamat membaca!

Patriot Panglima Penyelamat Alam
Harga Buku
RM 18.00
(pembelian 10 buah keatas atau untuk sekolah akan mendapat potongan harga)
( Harga penghantaran untuk setiap buah buku ialah RM 7.00)

CARA PEEMBAYARAN

CIMB Bank
Nama: Segedung Karya
Akaun: 8602531150

Maybank Berhad
Nama: Hashim Bin Akob
Akaun: 114011301152

SEGEDUNG KARYA
 MEMPELAWA ORANG RAMAI
UNTUK MENJADI DROPSHIP DAN AJEN PEMASARAN
SILA WAHTSAPP 013 6248471 dan 0133416783
 atau
Dapatkan maklumat di patriotpanglima.blogspot.com




Ahad, 6 Ogos 2017


Kisah Pengembaraan Patriot Panglima

Pengembaraan Patriot Panglima mengisahkan impian dan pengharapan seorang anak muda yang mahu melihat alam ini bebas daripada kemusnahan. Iannya satu pengembaraan yang akan memberikan pendedahan kepada pembaca tentang falsafah dan pergertian kehidupan serta amalan-amalan yang baik untuk panduan semua lapisan masyarakat. Ianya tentang kisah yang baik di balas baik dan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal dengan kejahatannya
.
Patriot Panglima ialah kisah  sebuah impian seorang pengembara. Satu penjelajahan fantasi yang menghiburkan!

Siapakah Patriot Panglima ini?
Dia adalah manusia yang luar biasa. Dia mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian untuk memberi pembelaan kepada yang memerlukan dan membenters kejahatan demi menjaga alam ini daripada kemusnahan. Itulah dia Patriot Panglima yang dibekalkan dengan ilmu kebatinan dan pertempuran untuk melakukan satu tugas penting yang di arahkan oleh gurunya Rapuh Inderagara
.
Bertemankan rakan karibnya Sang Kancil Putih, Patriot Panglima merantau dari satu negeri ke satu negeri dalam usaha memenuhi permintaan  gurunya itu. Apa yang dijangkanya memang benar-benar berlaku. Pengembaraannya penuh dengan cabaran dan  dugaan. Dia menyahut setiap cabaran itu dengan penuh rasa tanggung jawab. Dia benar-benar memegang amanah daripada gurunya untuk menjadi manusia yang tabah dan menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan segala permasalahan. Patriot Panglima adalah contoh perwatakan seorang wira untuk semua zaman. Dia di sukai oleh semua orang kerana keramahanna dan dia di geruni oleh musuh-musuhnya kerana kepintarannya.
Ketampanan dan keperabadiannya itu telah memikat ramai hati seperti  Puteri Ratni Gemalasari,Ratu Irami, Puteri Terati, Rita Karatika, Puteri Ayu Melori,Cempa Sari, Ratu Kasuna dan juga Tabranu! Siapakah mereka ini? Semuanya akan di perkenalkan kepada pembaca semua dalam siri-siri buku Patriot Panglima . Siapakah yang menjadi pilihan Patriot Panglima?

Namun begitu Patriot Panglima juga terpaksa berhadapan  dengan musuh-musuhnya  yang ganas dan tidak berperikemanusiaan.  Namun setiap pertempuran yang di tempuhi oleh Patriot Panglima telah mematangkan lagi sikap dan perwatakan kepahlawanannya.

Pengembaraan PATRIOT PANGLIMA  dipaparkan dalam 18 siri buku yang memberikan keterujaan untuk membaca. Buku ini dimuatkan dengan falsafah kehidupan dan memberikan penekanan dalam aspek moral, ketinggian budi, hormat menghormati seperti peribahasa ini ‘ mengikut resmi padi semakin tunduk semakin berisi,’atau ‘ menjauhi sifat menipu kerana perbuatan itu boleh merugikan diri sendiri,’ atau nasihat ini,‘hanya orang yang ada keyakinan, kesabaran dan mempunyai hati yang bersih sahaja mampu untuk berjaya di atas dunia ini. Orang jahat yang suka menimbulkan kemusnahan tidak akan bertahan lama. Lambat laun mereka akan musnah juga.’ Nasihat ini adalah untuk memperkuatkan lagi penekanan kepada aspek falsafah pendidikan dan moral yang mewarnai buku ini
.
Buku yang padat dengan aksi dan pertarungan ini adalah hasil  ilham fantasi  Hashim Akob dan watak-watak serta nama tempat yang terdapat  dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia
Apakah keistimewaan pengembaraan Patriot Panglima ini? Ianya dipenuhi dengan elemen-elemen pendidikan, mengormati ketua , mentaati raja dan berbuat baik kepasa semua makhluk
.
Namun begitu, pengembaraan ini tidak pernah sepi daripada bertemu dengan elemen-elemen kejahatan dan kemusnahan.  Yang jahat berada di mana sahaja untuk menunjukkan kekuasaan mereka. Yang jahat akan terus menunjukkan kekuasaan untuk menjadi raja. Patriot Panglima adalah halangan utama kepada penjahat-penjahat ini.

Jumaat, 4 Ogos 2017

TENTANG SEGEDUNG KARYA
Bermulanya sebuah impian

Segedung Karya (002523323-M) merupakan satu nama yang muncul untuk merumahkan aktiviti penulisan dan penerbitan buku tanah air. Ianya  sebuah syarikat yang begitu kecil tetapi dipenuhi dengan cita-cita yang besar. Segedung Karya tidak berhasrat untuk bersaing dengan sesiapa tetapi ianya akan membentuk jalinan yang baik dengan sesiapa sahaja demi perkembangan industri penerbitan ini.

Bermula dengan siri pengembaraan Patriot Panglima  yang berjumlah 18 buah kesemuanya akan menyusul pula buku-buku yang lain hasil cetusan pemikiran orang muda. Kami mahu membina industri ini bersama orang muda  yang sedang mencari arah untuk menterjemahkan pemikiran mereka dalam bentuk buku. Kami menghargai pemikiran mereka ini dan kami akan membawa mereka bersama-sama mendayung arus dan mencipta pelapis yang akan bergelar penulis suatu masa nanti.  Di sinilah bermulanya sebuah impian bagi orang muda untuk menterjemahkan hasil nukilan mereka bagi tatapan dunia. Jangan biarkan impian itu terkubur begitu sahaja.

Sudah tentulah Segedung Karya ini akan melangkah dengan lebih bergaya  jika adanya sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Sumbangan yang kecil mungkin akan memberikan kesan yang besar kepada pembangunan syaikat ini pada masa hadapan.

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami juga berharap usaha ini dapat membantu untuk memperkasakan lagi  industri penerbitan buku negara.



SEGEDUNG KARYA
 MEMPELAWA ORANG RAMAI
UNTUK MENJADI DROPSHIP DAN EJEN PEMASARAN
SILA WHATSAPP 013 6248471 dan 0133416783
 atau

Dapatkan maklumat di patriotpanglima.blogspot.com